gambar

gambar

Tuesday, June 29, 2010

Salam Pengenalan

Terima kasih kepada anda semua kerana sudi melayari laman blog saya.Buat pengetahuan anda semua blog ini akan memamparkan segala barang-barang yang boleh didapati dikedai saya , dan juga segalah masalah berkenaan dengan semua jenis ikan hiasan dan juga cara  penjagaan  ikan hiasan agar kekal sihat dan cantik , serta dapat memastikan jangka hayat ikan hiasan panjang.

Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang boleh didapati dikedai-kedai akuarium seluruh negara. Disamping ikan hiasan terdapat juga bermacam-macam jenis ubat untuk ikan hiasan. Disini saya akan serta seagala jenis ubat-ubatan yang sesuai digunakan untuk merawat penyakit ikan hiasan anda dan cara mengunakan ubat dengan betul.

Kebanyakan dari kita mungkin tidak sedar tentang pentingnya penggunaan Garam dan Anti Klorin semasa proses penukaran air di lakukan, ataupun semasa sudah disediakan air didalam akuarium tetapi tidak meletakan garam dan anti klorin dan ini adalah satu punca mengapa ikan hiasan selalu mati ataupun jangkahayatnya tidak lama.

JENIS-JENIS IKAN HIASAN

Ikan Kelisa


Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.

Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor. Mereka pandai melompat, dan banyak yang mencari makan berhampiran permukaan air.

Ikan kelisa terbahagi kepada sepuluh spesies: tiga dari Amerika Selatan, satu dari Afrika, empat dari Asia dan dua lagi dari Australia.

Scleropages formosusKelisa Emas

Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue; nama sainsnya Scleropages formosus)
Ikan Kelisa Emas Indonesia: (Indonesian Golden atau Red-Tailed Golden Arowana; nama sainsnya Scleropages aureus)
IKAN kelisa (Scleropages formosus), antara spesies yang menjadi idaman ramai pemilik akuarium di negara ini kerana keunikan dan ada yang menyifatkan satu simbol kemewahan atau sesetengah pihak pula berpendapat boleh membawa tuah.Tangki atau akuarium perlu dilindungi daripada sinaran matahari dan suhu air dikekalkan pada tahap 26 - 30 darjah celcius, manakala bacaan pH air perlu berada pada bacaan sekitar 6 hingga 7.5.
Persepsi penggemar kelisa juga menyebabkan nilai ikan ini melambung di pasaran hingga mampu mencecah ribuan ringgit dan sentiasa menjadi buruan ramai pemilik akuarium sejak kebelakangan ini.
Keunikan ikan ini dikatakan mampu memukau pemiliknya yang sanggup menghabiskan masa untuk melihatnya berenang dalam akuarium.

 
IKAN KOI

Ikan Koi merupakan sejenis ikan kap yang banyak dipelihara sebagai ikan hiasan kerana sifatnya yang lemah lembut. Ia hampir menyerupai ikan Emas dan memang dalam famili yang sama dengan ikan Emas.

Jenis Ikan Koi Terdapat banyak sekali jenis ikan koi, tiga antaranya yang sangat terkenal disebut Gosanke. Yang termasuk Gosanke adalah :

1. Kohaku Kohaku merupakan jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah di atas warna putih.

2. Sanke Sanke adalah jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah dan hitam di atas warna putih. Corak hitam tidak terdapat di kepala.

3. Showa Showa adalah jenis ikan koi hitam dengan corak warna merah dan putih.


IKAN MAS

Ikan mas sangat popular, karena kecil, murah, penuh warna, dan sangat kuat.Terdapat berbagai jenis ikan.
Ikan mas biasa, London dan Bristol shubunkins, jikin, wakin, ikan mas komet dan kadang-kadang ikan mas ekor panjang boleh diletakan didalam satu akuarium,veiltail, lionhead dan oranda juga boleh dipelihara didalam akuarium yang sama.
IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.


 
TANDA-TANDA IKAN BERPENYAKIT

SERANGAN penyakit ikan akibat parasit amat memeningkan Tidak kurang juga penggemar ikan hiasan yang dikatakan sering merungut ikan pemeliharaan sakit terutama selepas menukar air akuarium.Langkah mengambil air sama ada sungai, perigi atau parit untuk diisi ke dalam akuarium adalah tidak bijak

Parasit ialah organisme (seni) haiwan atau tumbuhan yang menjadikan organisme lain sebagai perumah. Bahkan sesetengahnya boleh membawa maut kepada perumah (ikan).“Tanda serangan parasit ialah ikan dalam keadaan gelisah dan sering menggeselkan badan . Malah, mangsa juga hilang selera makan dan kurus. Tanda lain ikan dalam keadaan lemah tidak bertenaga. Sesekali bergerak pantas bila terkejut.

Cara untuk mengenal ikan sakit ialah ikan itu kurang aktif berbanding biasa selain terdapat bintik putih pada badan, sirip dan ekor atau selaput putih pada bahagian mata. Ataupun, kelihatan luka dan kemerah-merahan pada ekor serta sirip.Ikan yang dikenal pasti sakit perlu dikeluarkan dari akuarium dan diletakkan dalam bekas berasingan. Tukar air dalam akuarium seberapa segera. Kita juga perlu menggunakan campuran garam dengan formalin. Campuran itu digunakan tiga kali setiap dua hari selama seminggu.

langkah yang paling baik untuk mengekang penyakit berkenaan ialah menggunakan air paip dengan memasukkan anti klorin dan garam. Garam adalah ejen yang paling baik bagi mengubati segala ikan.
PENYAKIT yang menyerang ikan sering menjadi masalah besar di kalangan pemilik akuarium kerana ada kalanya boleh menyebabkan kerugian beribu ringgit bergantung kepada harga spesies yang dipelihara.

Penyakit seperti Chilodonella yang menyerang kulit dan insang ikan boleh mengakibatkan ikan mati. Parasit yang sama juga akan turut merebak atau menjangkiti ikan lain yang berada dalam akuarium sama.
Parasit yang seperti kulat, merebak dengan cepat menyebabkan ikan tidak dapat menangkis ataupun bertahan lama hingga menyebabkan kematian.Terdapat beberapa kaedah pencegahan boleh dilakukan. Antaranya, pemelihara hendaklah menjaga kualiti air supaya tidak tercemar. Jika air mula tercemar, Chilodonella akan mudah menyerang dan mengakibatkan kematian ikan.

Selain itu, pemilik akuarium juga dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan air dengan menggunakan sistem penapis air yang sesuai ataupun meletakkan di akuarium di tempat yang tidak terlalu terdedah.

Sementara itu, menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik adalah sesuatu yang sering digemari pemiliknya untuk menjadikan hobi mereka lebih menarik dan kreatif. Pada masa sama, akuarium kelihatan lebih cantik dan sesuai untuk ikan yang menghuni akuarium sebagai habitat baru.
Bagaimanapun, anda perlu mengetahui kepentingan tumbuhan akuatik dalam akuarium antaranya untuk menyerap bahan toksik yang dihasilkan daripada perkumuhan dan sisa makanan ikan.
Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Pada masa sama, tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses fotosintisis.


APAKAH PERBEZAAN IKAN SAKIT & IKAN SIHAT


•Cergas - Lemah/tidak aktif
•Makan seperti biasa - Tidak makan/kurang selera
•Berenang seperti biasa - Berenang pantas /berpusingpusing
•Mengesel badan •Hilang keseimbangan
•Mulut dan insang terbuka luas & cepat bernafas

APAKAH KESAN-KESAN PENYAKIT


. Kematian
. pembantutan tumbesaran & Perubahan tempoh Ternakan yang panjang
. nisbah pertukaran Makanan yang rendah
 ‘Stress’

.Tekanan Fizikal
• Suhu – salah satu faktor utama mempengaruhi system pertahanan ikan
. Tekanan Biologikal
• Kepadatan tinggi
• Spesies ikan lain aggresif
• Mikroorganisma patogenik /non
• Cahaya
• Bunyi
• Gas-gas terlarut patogenik
• Macroorganisma parasit dalam dan luaran

PENCEGAHAN
Jangan gunakan peralatan yg telah digunakan di dalam akuarium yg telah dijangkiti.


Peralatan perlu dirawat sebelum digunakan semula.

 Pastikan suhu air dalam akuarium sentiasa panas.



KAEDAH MENGIRA DOS UBAT UNTUK

MERAWAT PENYAKIT IKAN

Langkah 1 : Mengira isipadu air.

Isipadu air = 10.0 m x 5.0 m x 1.0 m
= 1000 cm x 500 cm x 100 cm
= 50,000,000 cm 3
= 50,000,000/1,000
= 50,000 liter.

Langkah 2 : mengira jumlah ubat yg perlu digunakan.


1 liter air = 2.0 mg ubat digunakan.

50,000 liter air = 50,000 x 2.0 mg/1 = 100,000 mg
= 100,000 mg/1000
= 100 gram ubat KMnO4

 
PEMAKANAN DAN PENJAGAAN

Antara aspek penjagaan yang perlu diberi perhatian ialah pemberian makanan yang tidak berlebihan iaitu satu atau dua kali sehari pada kadar yang mencukupi supaya air tidak cepat kotor akibat baki makanan yang gagal dihabiskan ikan selain najis akibat makan berlebihan.

Bahan beracun yang wujud di dalam air ialah amonia dan nitrat. Ia terhasil daripada proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ia telah ditukar kepada bahan makanan dan baja berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium.

Perlu diingat, ikan yang mati di dalam akuarium perlu dibuang secepat mungkin untuk mengelakkan daripada berlaku jangkitan dan kualiti air juga perlu sentiasa dipantau termasuk tahap pH.Tahap pH air atau kadar kemasaman air boleh diukur pada nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam dan nilai 14 adalah keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu neutral.

Proses penukaran bahan beracun amonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium.Untuk menentukan nilai pH, anda boleh menggunakan kertas litmus. Tahap pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ia terlalu berasid.



AKUARIUM

Ada pelbagai jenis akuarium dipasaran untuk pengguna memilih, untuk mendapatkan akuarium yang paling sesuai digunakan mengikut jenis ikan yang dipelihara.Sebaik-baiknya ukuran paling sesuai untuk permulaan memiliki akuarium dan memelihara ikan ialah tidak kurang daripada 60 sentimeter (sm) panjang, 30sm lebar dan 30sm dalam (tinggi).

Sebagai permulaannya, beli sebuah akuarium dan letakkan di tempat yang difikirkan sesuai. Buat percubaan dengan mengisi air ke dalamnya.Cara mudah untuk mengira jumlah air yang bersesuaian dengan saiz akuarium ialah dengan membahagikannya dengan jumlah 277.Pastikan akuarium dan kelengkapan lain boleh menampung berat air yang diisi ke dalamnya.


LAMPU (PENCAHAYAAN) DAN SUHU


SUHU dan cahaya dalam akuarium sering diabaikan. Perlu diingat, suhu tidak boleh dinafikan kerana penting dalam pemeliharaan ikan akuarium kerana ikan akan agresif dalam suhu air yang rendah. Bagaimanapun ada spesies ikan memerlukan suhu air sejuk, panas atau sederhana mengikut suhu bilik.

Perlu diingat ikan hanya akan aktif dalam suhu air yang dikira suam. Suhu air pada tahap itu juga dapat menghindarkan ikan yang dipelihara daripada dijangkiti penyakit. Lampu kalimantang sering menjadi pilihan kerana dapat memberi kelebihan kepada rumpai air mendapat cahaya yang mencukupi.Bagaimanapun, dalam usaha menstabilkan suhu akuarium anda untuk proses tumbesaran ikan, anda boleh menggunakan pemanas biasa yang sering digunakan. Pemanas ini sejenis elemen elektrik yang ditebat dalam tiub kaca. Wayar yang bersalut itu akan membawa aliran elektrik melalui tiub kaca dan mengalirkan habanya melalui tiub kaca.Terdapat banyak jenis alat pemanas untuk akuarium yang dijual di pasaran khususnya di kedai ikan. Jenis tiub panjang kadang kala diisi dengan raksa atau alkohol. Penggunaan raksa lebih tepat dan lebih cepat berbanding penggunaan alkohol.

No comments:

Post a Comment